Tuesday, June 8, 2010

doa seorang perindu...

Adakah ini yang di namakan penantian.Bermulanya kisah apabila aku dapat menyambung pelajaran ku di tingkatan enam di salah sekolah agama di kajang.pertemuan dengan insane bernama lelaki yang tidak ku sayangi tetapi melihat kawan seusiaku berpacaran hati juga mula tertarik untuk bercinta..ketahuilah aku tidak pernah mengerti apa itu cinta.Aku bukan gadis yang sempurna tetapi aku bersyukur aku punya angota yang sempurna.pernahkah kalian terfikir akan bercinta dengan orang yang tidak kita cintai..pasti itu hanya kerja gila..tapi itulah kenyataanya….
Tapi segalanya berubah selepas aku mengenali insan yang cukup sekadar aku mengelarkan dirinya A.Pertemuaan bermula apabila A menjadi salah seorang fasi dan aku menjadi urusetia satu program yang dilaksanakan oleh bekas – bekas pelajar berkenaan.Kiranya cintaku cinta pandang pertama.A tidak mengetahui hal ini kerana ku pendamkan sendiri juga kawan – kawan baik ku.Aku cuba mendapatkan biodata A dan nasib menyebelahiku dengan tanganya sendiri A menulis apa yang aku kehendaki.
Pada asalnya mungkin berakhirnya program itu maka berakhir jugalah episot itu tetapi takdir ku bukan hanya di situ. Selepas seminggu program itu berlalu A ku jumpai semula.Dengan keberanian aku memulakan perkenalan. Mungkin di sini kesalahan ku tapi atas nama cinta aku mengabaikan semua itu.Segala – galanya hanya palsu mengenai diriku. A tidak mengetahu aku adalah aku yang A tahu aku adalah pelajar university di ibu kota. Segala – galanya bermula disini. Hubungan ku dengan kekasih tanpa cintaku itu telah berakhir apabila dia mengetahui hubungan ku dengan A. tapi hanya aku yang tahu mengapa aku melepaskanya…mungkin semua ini telah dirancang sejak azali aku bernazar akan memutuskan hubungan ku dengan dia kerana bonda pada masa itu sakit yang kami sekeluarga tidak menetahui apakah sakitnya…andai anda berada di tempatku memangku ibu sedang tenat adakah mustahil kata – kata sebegitu akan terkeluar dari mulutmu. Yang ingat pada masa itu untuk belajar bersungguh – sungguh tanpa main – main dan cinta. Memandangkan tahun itu aku bakal menghadapi STPM. Dengan izin Allah ibu sembuh, maka aku perlu menunaikan nazarku..tapi aku cuba melupakanya tapi janji kita pada Allah tidak mungkin akan terhapus kerana perancangan Allah lebih sempurna. Datang A umpama memberi alas an kepada aku untuk memutuskan hubungan kami.Apabila orang tidak berada di tempatku orang akan mengatakan aku kejam meningalkanya tapi apa lagi yang harus aku lakukan???

BERSAMBUNG..NANTIKAN :)

3 comments:

  1. cepat sket nak sambung hehehe akak nak tau kesudahannya

    ReplyDelete
  2. maaf kak..password lupa tu yg lame xbuka :)

    ReplyDelete